Tuesday, August 24, 2010

SENARAI JAWATANKUASA RIVER RANGER CAMP 2010

SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM RIVER RANGER CAMP

JPS NEGERI JOHOR TAHUN 2010


BIL.

NAMA

JAWATAN

1.

TUAN HAJI HUSSIN BIN HARON

PENGERUSI

2.

TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN SAHIBUN

N.PENGERUSI

3.

EN. MUSTAFA BIN MURAD

PENYELARAS

4.

ENCIK JEFFREE BIN ESA

URUSETIA

5.

PUAN ROHAAZILA BINTI SELAMAT

URUSETIA

6.

PUAN SITI ROHANA BINTI ADAM

URUSETIA

7.

PUAN NOORAISHAH BINTI KADIRIN

PENGERUSI

8.

CIK NURUL LIYANA BINTI ERBAEE

J/KUASA JAMUAN

9.

PUAN SURIDAH BINTI NASIR

AJK JAMUAN

10.

ENCIK JAILANI BIN MD. NOH

AJK JAMUAN

11.

ENCIK POAD BIN CHE DALI

PENGERUSI J/KUASA

PERALATAN

12.

ENCIK MOHD. JAIS BIN SENAN

AJK PERALATAN

13.

ENCIK ROSMAN BIN MUSA

AJK PERALATAN

14.

ENCIK MD. JAAFAR BIN YAHYA

PENGERUSI

J/KUASA KESELAMATAN

15.

ENCIK MOHD. TORI BIN SIDEK

AJK KESELAMATAN

16.

ENCIK MOHD. YAZID BIN IBRAHIM

AJK KESELAMATAN

17.

ENCIK AZMI BIN MELAN

AJK KESELAMATAN

18.

ENCIK FAISAL BIN ATAN

AJK KESELAMATAN

19.

ENCIK AZADDIN BIN M.KHALID

AJK KESELAMATAN

20.

ENCIK ELIAS BIN ABU BAKAR

AJK KESELAMATAN

21.

ENCIK MD. SHAH BIN IBRAHIM

PEMANDU

22.

TUAN HAJI WAHID BIN SAFAR

PEMANDU

23.

ENCIK AZMAN BIN AHMAD

PEMANDU



Sunday, August 15, 2010

Kem River Ranger 2010

Pada 13 Julai sehingga 15 Julai 2010, satu program Perkhemahan River Ranger telah berjaya dilaksanakan di UTM Skudai, Johor. Program ini di jalankan atas usahasama pihak sekolah-sekolah yang terlibat dan JPS Johor. Program ini telah berjalan dengan jayanya mengikut sebagaimana Tentatif Program River Ranger 2010 yang telah ditetapkan.

Walaupun bilangan penyertaan peserta pada tahun ini kurang berbanding dengan tahun lalu, namun begitu pendekatan dan mesej yang hendak disampaikan terlaksana dan berjalan dengan lancar.

Sesi pendaftaran pada 13 Julai 2010 bermula pada jam 8.00 sehingga 9.00 pagi. Pendaftaran diwakili oleh guru pengiring sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ir Hj Hussin Bin Haron selaku Penolong Pengarah 1 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor.

Ceramah ‘Water Monitoring’ disampaikan oleh Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang telah diberi kursus dan latihan serta kakitangan JPS yang sudah berpengalaman.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar sebagai wakil kepada masyarakat tentang fungsi sungai dalam kehidupan kita seharian serta menyedarkan pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sungai. Melalui pendekatan yang diberikan di dalam program ini, diharapkan maklumat yang disalurkan dapat disampaikan kepada rakan-rakan, keluarga dan masyarakat setempat.

Bagi program kali ini, jawatankuasa membuat keputusan untuk mengubah sedikit jadual berbanding tahun lalu. Pada malam kemuncak telah diadakan malam kebudayaan untuk para pelajar membuat persembahan yang bertemakan alam sekitar dan sungai. Melalui program malam kebudayaan ini dapat mencungkil bakat dan idea para pelajar untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik serta dapat menyerapkan nilai kesedaran didalam diri pelajar. Selain itu juga, melalui persembahan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan, dapat dinilai sejauh mana kefahaman dan berkesannya program ini kepada para pelajar.

Melalui borang kaji selidik yang diedarkan di akhir program, analisis yang telah dibuat menunjukkan para pelajar berpuas hati dengan penyusunan program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Meskipun cuaca pada hari pertama menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik, tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya program ini dapat juga dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Majlis penutupan program penilaian dan laporan Kem River Ranger 2010 telah disampaikan oleh Ir Hj Hussin Bin Haron. Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru juga hadir bagi menyampaikan sijil serta cenderahati kepada Fasilitator dan peserta. Sebagai simbolik majlis penutupan ini, sebanyak 200 biji ’muld ball’ dan cecair EM telah dilemparkan ke dalam kolam yang menghubungkan anak Sungai Skudai dan mengalir terus ke dalam Sungai Skudai.


Jadual Program River Ranger 2010

TARIKH / HARI

MASA

SLOT







13 JULAI 2010 (SELASA)

7.00 pagi

Bertolak dari sekolah masing-masing

8.00 pagi

Pendaftaran Peserta

9.00 pagi

Penempatan / Penginapan

10.00 pagi

Minum Pagi

11.00 pagi

Majlis Perasmian Pembukaan

Oleh:Tuan Haji Hussin Bin Haron

Penolong Pengarah I

12.00 pagi

Taklimat Kem River Ranger/Ice Breaking/Pembahagian Kumpulan/Taklimat Untuk Guru-Guru Pengiring

12.30 thari

Makan Tengahari/Urus Diri/Solat Zuhur

2.00 ptg

Ceramah I:Sungai – Peranan & Cabaran

Oleh:Tuan Haji Kamaruddin bin Sahibun

3.00 ptg

Ceramah 2:Chemical Monitoring

Oleh:Cikgu Nor Diyana Bte Mohd. Nasir Tan

4.30 ptg

Minum Petang /solat Asar

5.30 ptg

Riadah Alam Sekitar

6.30 ptg

Urus Diri/Makan Malam/Solat Mahgrib/Tazkirah

8.30 mlm

Ceramah 3:River Monitoring & Pemantauan Kualiti Air Melalui Petunjuk Biologi

Oleh:Encik Rosman Bin Musa


Pembahagian Peralatan

10.30 mlm

Minim Malam

11.00mlm

Mesyarat AJK/Tidur

TARIKH / HARI

MASA

SLOT








14 JULAI 2010 (RABU)

5.30 pagi

Persiapan Diri

6.00 pagi

Solat Subuh / Tazkirah

7.00 pagi

Senaman Alam Sekitar

7.30 pagi

Sarapan Pagi

8.00 pagi

Latihan Di Tapak – Ujikaji Kualiti Air

10.00 pagi

Persiapan Pembentangan Kumpulan

10.30 pagi

Minum Pagi

11.00 pagi

Pembentangan Kumpulan &Rumusan

1.30 tghari

Makan Tengahari / Solat Zuhur

2.30 ptg

Jungle Tracking & Aktiviti Alam Sekitar

5.30 ptg

Persiapan Diri / Solat Asar

6.00 ptg

Minum Petang

7.00 ptg

Solat Mahgrib / Tazkirah

7.45 mlm

Ceramah Bioteknologi Makanan & Demonstrasi Pengurusan Sisa Makanan

Oleh:Encik Abdullah Bin Ismail (JAMOF SDN.BHD)

8.45 mlm

Makan Malam (BBQ)

9.45 mlm

Persembahan Kebudayaan

TARIKH / HARI

MASA

SLOT



15 JULAI 2010 (KHAMIS)

6.00 PAGI

Solat Subuh

7.00 pagi

Sarapan Pagi

7.30 pagi

Kemas Kemah & Gotong Royong

9.00 pagi

Majlis Penutup


Ucapan Aluan

Oleh:Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru


Ucapan Perasmian Penutup

Oleh:Pengarah JPS Negeri Johor


Penyanpaian Sijil Dan Cenderahati


Simbolik Penutup Kem River Ranger

Monday, March 15, 2010

lagi tentang Kem River Ranger


JENIS MODUL


Ekosistem Sungai

1. Bio Indikator

2. Bio Monitoring


MODUL OPERANDI


1. Dijalankan pada 2 lokasi yang berbeza untuk mendapatkan perbandingan terhadap kualiti air sungai.

2. Pelajar akan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan peralatan :

a) Penyauk ( 2 unit besar/2 unit kecil)

b) Pinggang (2 unit)

c) Kanta Tangan (2 unit)

d) Forcep (2 unit)

e) Penitis (2 unit)

f) Sudu (2 unit)

g) Piring Petri (2 unit)

h) Universel Bottle (3 unit)

i) Carta/The Freshwater Name Trail Chart (1 unit)

j) Bekas Alatan (1 unit)

k) Water Monitoring Kit (1 unit)


AKTIVITI


1) Permainan dalam kumpulan (LDK)

2) Perbincangan kumpulan kecil

3) Kuliah/Ceramah

4) Main Peranan

5) Kajian Kes

6) Kajian Sample

7) Kajian Lapangan

8) Persembahan pertandingan peringkat sekolah-sekolah.


KEWANGAN

Keseluruhan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor.


KEJURULATIHAN

1) 20 orang jurulatih utama pendidikan alam sekitar

2) 5 fasilitator Jabatan Pengairan dan Saliran Johor

3) 5 fasilitator daripada lain-lain jabatan.

4) 20 guru pengiring


KUMPULAN SASARAN

200 pelajar tingkatan empat sekolah menengah


MATLAMAT

Dapat membentuk satu kumpulan sasar yang terlatih dan mampu menjadi mentor dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai di samping memberi latihan dan pendedahan peserta tentang pentingnya sungai yang menjadi penyumbang utama kepada kestabilan kualiti alam sekitar.


HARAPAN JPS

Dapat data bacaan kualiti air sungai dari sekolah-sekolah yang telah diberi latihan dalam tempoh 3 tahun.


PENGANJUR

Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor , Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Objektif RIver Ranger


1. Mewujudkan satu rangkaian ”smart-partnership” antara Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2. Memberi kesedaran kepada kumpulan sasar dan masyarakat sekitar peranan dan tanggungjawab yang perlu demi menjaga alam sekitar.

3. Melahirkan minat dan memupuk rasa tanggungjawab pelajar yang dilantik ’River Ranger’ secara berterusan dalam program ’One State One River”.

4. Para peserta yang terlibat seterusnya akan menjadi fasilitator kepada rakan sebaya pada masa akan datang.

SENARAI SEKOLAH YANG DIPILIH BAGI MENJALANKAN PROGRAM “ RIVER RANGER CAMP “


PADA 13 OGOS 2009 HINGGA 15 OGOS 2009

DI HUTAN REKREASI UTM, SKUDAI


BIL.

NAMA SEKOLAH

JUMLAH PELAJAR

GURU PENGIRING

1.

SMK TAMAN DESA SKUDAI

10 ORANG

1 ORANG

2.

SMK TAMAN UNIVERSITI 1

10 ORANG

1 ORANG

3.

SMK TAMAN UNIVERSITI 2

10 ORANG

1 ORANG

4.

SMK TAMAN DAMAI JAYA

10 ORANG

1 ORANG

5.

SMK TAMAN IMPIAN EMAS

10 ORANG

1 ORANG

6.

SMK TAMAN TUN AMINAH

10 ORANG

1 ORANG

7.

SMK SKUDAI

10 ORANG

1 ORANG

8.

SMK TAMAN SELESA JAYA

10 ORANG

1 ORANG

9.

SMK TAMAN SELESA JAYA II

10 ORANG

1 ORANG

10.

SMK TAMAN MUTIARA RINI

10 ORANG

1 ORANG

11.

SMK TAMAN MUTIARA RINI II

10 ORANG

1 ORANG

12.

SMK TAMAN SUTERA

10 ORANG

1 ORANG