Monday, August 8, 2011

River Ranger 2011



Syukur Alhamdulillah berkat kerjasama urusetia, fasilitator dan semua kakitangan yang terlibat (terlalu ramai kot kalau nak senaraikan semua nama kat sini) akhirnya selesai sudah Program River Ranger tahun 2011. Walaupun berbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi akhirnya kem tahun 2011 telah sempurna dengan jayanya. Terima kasih untuk semua yang terlibat

untuk lihat gambar-gambar yang memang banyak kami upload di Facebook sebab lebih mudah dan tak berat. Sekiranya anda ingin melihat gambar-gambar yang lebih banyak dan menarik, sila lawati

http://www.facebook.com/pages/River-Ranger-JPS-Johor/146986808656289

Thursday, July 28, 2011

Jambori River Ranger 2011

LATAR BELAKANG

Jambori River Rangers JPS Malaysia merupakan acara tahunan untuk meraikan semua River Ranger di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Jambori ini mula diadakan pada tahun 2010 di Sg Galing, Kuantan, Pahang.

Pada Tahun ini Jambori akan diadakan di Melaka bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2011. World Rivers Day atau HSS disambut pada hari Ahad terakhir bulan September setiap tahun. Sambutan ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan disambut semenjak tahun 2005 lagi di seluruh dunia bermula dengan negara Kanada.

TEMA

KE ARAH SUNGAI YANG BERSIH, HIDUP DAN VIBRAN
TOWARDS A CLEAN, LIVING AND VIBRANT RIVERS


OBJEKTIF

1) Mewujudkan jaringan perhubungan (networking) dan perkongsian maklumat antara River Ranger Seluruh negara.
2) Melahirkan pemimpin-pemimpin muda (young leaders) di kalangan River Ranger.
3) Menerapkan nilai-nilai inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang (multiskills) kepada River Ranger.
4) Memperkasakan elemen jatidiri, berwibawa dan kekuatan spiritual bagi setiap River Ranger.

Tuesday, July 12, 2011

Program Jambori River Ranger JPS Malaysia 2011

Kami dijemput untuk menyertai program yang diadakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) serta agensi berkaitan dengan sumber air bersempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 23 - 25 September 2011 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Kem Permata Resort, Lot 1497 - 1499, Jalan Air Tanai Satu, Mukim Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Perasmi: Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah, JPS Malaysia

Tuesday, June 28, 2011

Memohon Kebenaran Untuk Program River Ranger 2011

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor telah menerima surat undangan dan bersetuju untuk menjalankan Program River Ranger bersama 11 buah sekolah dalam lembangan Sungai Skudai di Hutan UTM pada 5 hingga 7 Julai 2011 daripada Jabatan Pelajaran Johor bertarikh 27 Jun 2011.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:

1) Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah
3) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera
4) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini
5) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2
6) Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai
7) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas
8) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damai Jaya
9) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti
10) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2
11) Sekolah Menengah Kebangsaan SETA

Guru Fasilitator

1) Encik Marzuki Bin Idris
2) Encik Mohd Razaleigh Bin Mahmod
3) Encik Julnizam Bin Janisan
4) Cik Nur Fedouf Bte Ibrahim
5) Cik Nor Diyana Bte Mohd Nasir Tan
6) Cik Nor Hasmi Bte Abd Ghani
7) Encik Muhamad Husalmizi Bin Mat Husin
8) Encik Zulkefli Bin Noor