Thursday, July 28, 2011

Jambori River Ranger 2011

LATAR BELAKANG

Jambori River Rangers JPS Malaysia merupakan acara tahunan untuk meraikan semua River Ranger di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Jambori ini mula diadakan pada tahun 2010 di Sg Galing, Kuantan, Pahang.

Pada Tahun ini Jambori akan diadakan di Melaka bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2011. World Rivers Day atau HSS disambut pada hari Ahad terakhir bulan September setiap tahun. Sambutan ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan disambut semenjak tahun 2005 lagi di seluruh dunia bermula dengan negara Kanada.

TEMA

KE ARAH SUNGAI YANG BERSIH, HIDUP DAN VIBRAN
TOWARDS A CLEAN, LIVING AND VIBRANT RIVERS


OBJEKTIF

1) Mewujudkan jaringan perhubungan (networking) dan perkongsian maklumat antara River Ranger Seluruh negara.
2) Melahirkan pemimpin-pemimpin muda (young leaders) di kalangan River Ranger.
3) Menerapkan nilai-nilai inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang (multiskills) kepada River Ranger.
4) Memperkasakan elemen jatidiri, berwibawa dan kekuatan spiritual bagi setiap River Ranger.

No comments:

Post a Comment