Pada 13 Julai sehingga 15 Julai 2010, satu program Perkhemahan River Ranger telah berjaya dilaksanakan di UTM Skudai, Johor. Program ini di jalankan atas usahasama pihak sekolah-sekolah yang terlibat dan JPS Johor. Program ini telah berjalan dengan jayanya mengikut sebagaimana Tentatif Program River Ranger 2010 yang telah ditetapkan.
Walaupun bilangan penyertaan peserta pada tahun ini kurang berbanding dengan tahun lalu, namun begitu pendekatan dan mesej yang hendak disampaikan terlaksana dan berjalan dengan lancar.
Sesi pendaftaran pada 13 Julai 2010 bermula pada jam 8.00 sehingga 9.00 pagi. Pendaftaran diwakili oleh guru pengiring sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ir Hj Hussin Bin Haron selaku Penolong Pengarah 1 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor.
Ceramah ‘Water Monitoring’ disampaikan oleh Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang telah diberi kursus dan latihan serta kakitangan JPS yang sudah berpengalaman.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar sebagai wakil kepada masyarakat tentang fungsi sungai dalam kehidupan kita seharian serta menyedarkan pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sungai. Melalui pendekatan yang diberikan di dalam program ini, diharapkan maklumat yang disalurkan dapat disampaikan kepada rakan-rakan, keluarga dan masyarakat setempat.
Bagi program kali ini, jawatankuasa membuat keputusan untuk mengubah sedikit jadual berbanding tahun lalu. Pada malam kemuncak telah diadakan malam kebudayaan untuk para pelajar membuat persembahan yang bertemakan alam sekitar dan sungai. Melalui program malam kebudayaan ini dapat mencungkil bakat dan idea para pelajar untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik serta dapat menyerapkan nilai kesedaran didalam diri pelajar. Selain itu juga, melalui persembahan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan, dapat dinilai sejauh mana kefahaman dan berkesannya program ini kepada para pelajar.
Melalui borang kaji selidik yang diedarkan di akhir program, analisis yang telah dibuat menunjukkan para pelajar berpuas hati dengan penyusunan program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Meskipun cuaca pada hari pertama menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik, tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya program ini dapat juga dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
Majlis penutupan program penilaian dan laporan Kem River Ranger 2010 telah disampaikan oleh Ir Hj Hussin Bin Haron. Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru juga hadir bagi menyampaikan sijil serta cenderahati kepada Fasilitator dan peserta. Sebagai simbolik majlis penutupan ini, sebanyak 200 biji ’muld ball’ dan cecair EM telah dilemparkan ke dalam kolam yang menghubungkan anak Sungai Skudai dan mengalir terus ke dalam Sungai Skudai.
No comments:
Post a Comment