JENIS MODUL
Ekosistem Sungai
1. Bio Indikator
2. Bio Monitoring
MODUL OPERANDI
1. Dijalankan pada 2 lokasi yang berbeza untuk mendapatkan perbandingan terhadap kualiti air sungai.
2. Pelajar akan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan peralatan :
a) Penyauk ( 2 unit besar/2 unit kecil)
b) Pinggang (2 unit)
c) Kanta Tangan (2 unit)
d) Forcep (2 unit)
e) Penitis (2 unit)
f) Sudu (2 unit)
g) Piring Petri (2 unit)
h) Universel Bottle (3 unit)
i) Carta/The Freshwater Name Trail Chart (1 unit)
j) Bekas Alatan (1 unit)
k) Water Monitoring Kit (1 unit)
AKTIVITI
1) Permainan dalam kumpulan (LDK)
2) Perbincangan kumpulan kecil
3) Kuliah/Ceramah
4) Main Peranan
5) Kajian Kes
6) Kajian Sample
7) Kajian Lapangan
8) Persembahan pertandingan peringkat sekolah-sekolah.
KEWANGAN
Keseluruhan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor.
KEJURULATIHAN
1) 20 orang jurulatih utama pendidikan alam sekitar
2) 5 fasilitator Jabatan Pengairan dan Saliran Johor
3) 5 fasilitator daripada lain-lain jabatan.
4) 20 guru pengiring
KUMPULAN SASARAN
200 pelajar tingkatan empat sekolah menengah
MATLAMAT
Dapat membentuk satu kumpulan sasar yang terlatih dan mampu menjadi mentor dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai di samping memberi latihan dan pendedahan peserta tentang pentingnya sungai yang menjadi penyumbang utama kepada kestabilan kualiti alam sekitar.
Dapat data bacaan kualiti air sungai dari sekolah-sekolah yang telah diberi latihan dalam tempoh 3 tahun.
PENGANJUR
Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor , Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.