Monday, March 15, 2010
Program Kajian Kualiti Sungai
Program Kecemerlangan Pelajar River Camp 2008 yang bertemakan ’RIVER RANGER’ adalah satu usahasama di antara Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dengan Pejabat Pelajaran Negeri Johor. Program ini adalah lanjutan daripada pemilihan sungai Sungai Skudai dalam Program ’One State One River’. Bagi menjayakan program ini kumpulan pelajar dijadikan kumpulan sasaran dan diharap dapat membentuk pelajar lebih prihatin terhadap peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam memastikan sungai dan alam sekitar terpelihara. Selain itu ianya juga sebagai satu program serampang dua mata yang mana akan mempertingkatkan kefahaman masyarakat sekitar terhadap peranan Jabatan Pengairan dan Saliran Johor sebagai sebuah badan kerajaan yang mempunyai sosio-komitment yang tinggi dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan alam sekitar.
Program Kajian Kualiti Air Sungai akan dilaksanakan meliputi kawasan kajian yang dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai demografi yang berbeza. Keadaan ini dengan sendirinya memberi pendedahan kepada pelajar serta menjadi satu medan perolehan sumber dan maklumat secara first-hand experience. Pendedahan dan perkongsian ilmu dan maklumat akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan. Di akhir program ini nanti para pelajar dengan sendirinya akan menyedari peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai bersesuaian dengan tema River Camp 2009 ’River Ranger’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment