Tuesday, October 30, 2007

JOHOR 2nd-Link RIVER ranger

Tanggal 30/10/2007, kami diberi tugasan mengkaji tahap kebersihan Sungai Temiang. Sebelum memulakan tugasan, kami diberi penerangan oleh fasilitator kami, En Sivan.

Kami dikehendaki membuat 6 bentuk ujikaji kimia berkaitan dengan pH, DO, suhu, nitrat, fosfat dan turbidity.

Manakala dalam bentuk fizikal pula ialah kelajuan sungai, bau, warna,tumbuhan, hidupan sungai dan aktiviti persekitaran.

Dalam bentuk pemantauan biologi pula, kami dikehendaki mengkaji mengenai spesis hidupan akuatik. Melalui hidupan ini , kami dapat mengetahui tahap kebersihan sungai ini.


Kami menjalankan tugasan di 3 tempat yang berbeza iaitu Site 1 (hulu Sungai Temiang), Site 2 (sekitar Pasar Bandar Seremban) dan Site 3 (Taman Tasik Negeri)


Di hulu Sungai Temiang, kami dapati tahap kualiti air adalah baik (72 markah). Ini disebabkan kebanyakan ekosistem sungai masih belum tercemar.
Di kawasan sekitar Pasar Bandar Seremban, kualiti airnya berada pada tahap tidak baik iaitu sebanyak 28 markah. Ini disebabkan aktiviti komersial yang giat dijalankan. Sisa-sisa dari pasar, gerai makan dan kedai-kedai sekitar dialirkan terus ke sungai.
Di kawasan tasik pula, keputusan kualiti airnya berada di tahap sederhana iaitu 56 markah. Ini mungkin disebabkan pergerakan air yang terhad, penggunaan baja tumbuhan di sekitar tasik dan kurang terdedah dengan aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran.

1 comment: