Tuesday, October 30, 2007

RIVER RANGER JOHOR DI SEREMBAN - ONE STATE ONE RIVER (1S1R)


Satu ujikaji kualiti air di lakukan di sungai temiang pada 30 Oktober 2007. Berikut adalah keputusan yang diperolehi daripada ujikaji berkenaan.





LOKASI 1 : HULU SUNGAI TEMIANG

MASA: 9.30 PAGI

TARIKH: 30HB OKTOBER 2007

CUACA: MENDUNG

PEMERHATIAN FIZIKAL:

  • WARNA DAN CIRI FIZIKAL: - Coklat muda, beting pasir di selekoh sungai, sungai semulajadi dan berhampiran dengan jambatan konkrit sungai Temiang.
  • BAU:- Bau semulajadi
  • TUMBUH- TUMBUHAN: - terdapat pokok besar, pokok renek, rumput rampai
  • HAIWAN:- burung, serangga, rama-rama, pepatung dan tupai.
  • AKTIVITI:- Terdapat 1 longkang konkrit (perumahan), sampah domestik, dusun, bersebelahan padang ragut dikhuatiri memberi impak kepada sungai dan sebuah pondok.

PEMERHATIAN KIMIA:

  • PH 7, DO 8 ppm, kekeruhan 100 JTU, kandungan Fosfat 1 ppm, kandungan Nitrat 0 ppm, suhu 26. Fosfat mungkin dari kegiatan dusun dan aktiviti pertanian dan ternakan.

PEMERHATIAN BIOLOGI:

  • Terdapat anak udang, kekacung, anak ikan keli dan haruan, labah air, one tail dan water strider. Haiwan-haiwan ini adalah haiwan sensitif bermakna kualiti air adalah baik

PEMERHATIAN HIDROLOGI:

  • Kelajuan, v - 0.6276m/s
  • Kadaralir, Q - 1.0694mpadu/s

KAD LAPORAN SUNGAI

  • 56 MARKAH (SEDERHANA)

LOKASI 2: HILIR SUNGAI TEMIANG.

MASA: 11.45 PAGI

TARIKH: 30HB OKTOBER 2007

CUACA: MENDUNG

PEMERHATIAN FIZIKAL:

  • WARNA DAN CIRI FIZIKAL:- JERNIH, TERDAPAT LINTASAN PAIP AIR, TEBING BERKONKRIT BERHAMPIRAN GERAI- GERAI MAKAN, PREMIS PERNIAGAAN, PASAR AWAM SEREMBAN.

  • BAU:- BUSUK
  • TUMBUHAN: LUMUT, RUMPUT DAN POKOK LIAR

  • HAIWAN: BURUNG, RAMA-RAMA DAN SEMUT
  • AKTIVITI: INDUSTRI, RESTORAN, PEJABAT, PERUMAHAN DAN PASAR.

PEMERHATIAN KIMIA:

  • PH 75, DO 8 ppm, Kekeruhan 0JTU, kandungan fosfat 2ppm, kandungan nitrat 0ppm dan suhu 30. ini menunjukkan tahap pencemaran air adalah tinggi. Fosfat mungkin berpunca dari darah ayam, penggunaan sabun dari perumahan dan komersial serta kegiatan industri.

KAD LAPORAN SUNGAI

  • 15 MARKAH (SANGAT TIDAK BAIK)

LOKASI 3: TASIK BANDARAN

MASA: 12.15 TGH HARI

TARIKH: 30HB OKTOBER 2007

CUACA: MENDUNG

PEMERHATIAN FIZIKAL

  • WARNA DAN FIZIKAL:- Sumber air daripada air hujan bertakung dan tidak mengalir, Warna kehijauan.

  • BAU:- Tiada Bau (menyegarkan)
  • TUMBUHAN:- Rumput, pokok besar dan pokok renek.

  • HAIWAN:- Biawak, pepatung dan anak ikan.
  • AKTIVITI:- Taman Rekreasi dan Riadah.

PEMERHATIAN KIMIA SECARA IN-SITU.

  • pH 6.59, DO 6.74ppm, kekeruhan 24.6NTU, Suhu 29.9, EC 41us

PEMERHATIAN KIMIA

  • pH 6.5, DO 8ppm, kekeruhan 40 JTU, Kandungan Fosfat dan Nitrat - O ppm, Suhu 30 darjah celcius.

KAD LAPORAN SUNGAI

  • 51 MARKAH (SEDERHANA)

3 comments: