Monday, August 8, 2011
River Ranger 2011
Syukur Alhamdulillah berkat kerjasama urusetia, fasilitator dan semua kakitangan yang terlibat (terlalu ramai kot kalau nak senaraikan semua nama kat sini) akhirnya selesai sudah Program River Ranger tahun 2011. Walaupun berbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi akhirnya kem tahun 2011 telah sempurna dengan jayanya. Terima kasih untuk semua yang terlibat
untuk lihat gambar-gambar yang memang banyak kami upload di Facebook sebab lebih mudah dan tak berat. Sekiranya anda ingin melihat gambar-gambar yang lebih banyak dan menarik, sila lawati
http://www.facebook.com/pages/River-Ranger-JPS-Johor/146986808656289
Thursday, July 28, 2011
Jambori River Ranger 2011
Jambori River Rangers JPS Malaysia merupakan acara tahunan untuk meraikan semua River Ranger di Malaysia yang bernaung dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Jambori ini mula diadakan pada tahun 2010 di Sg Galing, Kuantan, Pahang.
Pada Tahun ini Jambori akan diadakan di Melaka bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2011. World Rivers Day atau HSS disambut pada hari Ahad terakhir bulan September setiap tahun. Sambutan ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan disambut semenjak tahun 2005 lagi di seluruh dunia bermula dengan negara Kanada.
TEMA
KE ARAH SUNGAI YANG BERSIH, HIDUP DAN VIBRAN
TOWARDS A CLEAN, LIVING AND VIBRANT RIVERS
OBJEKTIF
1) Mewujudkan jaringan perhubungan (networking) dan perkongsian maklumat antara River Ranger Seluruh negara.
2) Melahirkan pemimpin-pemimpin muda (young leaders) di kalangan River Ranger.
3) Menerapkan nilai-nilai inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam pelbagai bidang (multiskills) kepada River Ranger.
4) Memperkasakan elemen jatidiri, berwibawa dan kekuatan spiritual bagi setiap River Ranger.
Tuesday, July 12, 2011
Program Jambori River Ranger JPS Malaysia 2011
Tarikh: 23 - 25 September 2011 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Kem Permata Resort, Lot 1497 - 1499, Jalan Air Tanai Satu, Mukim Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Perasmi: Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah, JPS Malaysia
Tuesday, June 28, 2011
Memohon Kebenaran Untuk Program River Ranger 2011
Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:
1) Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah
3) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera
4) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini
5) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2
6) Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai
7) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Impian Emas
8) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Damai Jaya
9) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti
10) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2
11) Sekolah Menengah Kebangsaan SETA
Guru Fasilitator
1) Encik Marzuki Bin Idris
2) Encik Mohd Razaleigh Bin Mahmod
3) Encik Julnizam Bin Janisan
4) Cik Nur Fedouf Bte Ibrahim
5) Cik Nor Diyana Bte Mohd Nasir Tan
6) Cik Nor Hasmi Bte Abd Ghani
7) Encik Muhamad Husalmizi Bin Mat Husin
8) Encik Zulkefli Bin Noor
Tuesday, August 24, 2010
SENARAI JAWATANKUASA RIVER RANGER CAMP 2010
JPS NEGERI JOHOR TAHUN 2010
BIL. | NAMA | JAWATAN |
1. | TUAN HAJI HUSSIN BIN HARON | PENGERUSI |
2. | TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN SAHIBUN | N.PENGERUSI |
3. | EN. MUSTAFA BIN MURAD | PENYELARAS |
4. | ENCIK JEFFREE BIN ESA | URUSETIA |
5. | PUAN ROHAAZILA BINTI SELAMAT | URUSETIA |
6. | PUAN SITI ROHANA BINTI ADAM | URUSETIA |
7. | PUAN NOORAISHAH BINTI KADIRIN | PENGERUSI |
8. | CIK NURUL LIYANA BINTI ERBAEE | J/KUASA JAMUAN |
9. | PUAN SURIDAH BINTI NASIR | AJK JAMUAN |
10. | ENCIK JAILANI BIN MD. NOH | AJK JAMUAN |
11. | ENCIK POAD BIN CHE DALI | PENGERUSI J/KUASA PERALATAN |
12. | ENCIK MOHD. JAIS BIN SENAN | AJK PERALATAN |
13. | ENCIK ROSMAN BIN MUSA | AJK PERALATAN |
14. | ENCIK MD. JAAFAR BIN YAHYA | PENGERUSI J/KUASA KESELAMATAN |
15. | ENCIK MOHD. TORI BIN SIDEK | AJK KESELAMATAN |
16. | ENCIK MOHD. YAZID BIN IBRAHIM | AJK KESELAMATAN |
17. | ENCIK AZMI BIN MELAN | AJK KESELAMATAN |
18. | ENCIK FAISAL BIN ATAN | AJK KESELAMATAN |
19. | ENCIK AZADDIN BIN M.KHALID | AJK KESELAMATAN |
20. | ENCIK ELIAS BIN ABU BAKAR | AJK KESELAMATAN |
21. | ENCIK MD. SHAH BIN IBRAHIM | PEMANDU |
22. | TUAN HAJI WAHID BIN SAFAR | PEMANDU |
23. | ENCIK AZMAN BIN AHMAD | PEMANDU |
Sunday, August 15, 2010
Kem River Ranger 2010
Walaupun bilangan penyertaan peserta pada tahun ini kurang berbanding dengan tahun lalu, namun begitu pendekatan dan mesej yang hendak disampaikan terlaksana dan berjalan dengan lancar.
Sesi pendaftaran pada 13 Julai 2010 bermula pada jam 8.00 sehingga 9.00 pagi. Pendaftaran diwakili oleh guru pengiring sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ir Hj Hussin Bin Haron selaku Penolong Pengarah 1 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor.
Ceramah ‘Water Monitoring’ disampaikan oleh Fasilitator yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang telah diberi kursus dan latihan serta kakitangan JPS yang sudah berpengalaman.
Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar sebagai wakil kepada masyarakat tentang fungsi sungai dalam kehidupan kita seharian serta menyedarkan pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sungai. Melalui pendekatan yang diberikan di dalam program ini, diharapkan maklumat yang disalurkan dapat disampaikan kepada rakan-rakan, keluarga dan masyarakat setempat.
Bagi program kali ini, jawatankuasa membuat keputusan untuk mengubah sedikit jadual berbanding tahun lalu. Pada malam kemuncak telah diadakan malam kebudayaan untuk para pelajar membuat persembahan yang bertemakan alam sekitar dan sungai. Melalui program malam kebudayaan ini dapat mencungkil bakat dan idea para pelajar untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik serta dapat menyerapkan nilai kesedaran didalam diri pelajar. Selain itu juga, melalui persembahan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan, dapat dinilai sejauh mana kefahaman dan berkesannya program ini kepada para pelajar.
Melalui borang kaji selidik yang diedarkan di akhir program, analisis yang telah dibuat menunjukkan para pelajar berpuas hati dengan penyusunan program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Meskipun cuaca pada hari pertama menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik, tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya program ini dapat juga dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
Jadual Program River Ranger 2010
TARIKH / HARI | MASA | SLOT |
13 JULAI 2010 (SELASA) | 7.00 pagi | Bertolak dari sekolah masing-masing |
8.00 pagi | Pendaftaran Peserta | |
9.00 pagi | Penempatan / Penginapan | |
10.00 pagi | Minum Pagi | |
11.00 pagi | Majlis Perasmian Pembukaan Oleh:Tuan Haji Hussin Bin Haron Penolong Pengarah I | |
12.00 pagi | | |
12.30 thari | Makan Tengahari/Urus Diri/Solat Zuhur | |
2.00 ptg | Ceramah I:Sungai – Peranan & Cabaran Oleh:Tuan Haji Kamaruddin bin Sahibun | |
3.00 ptg | Ceramah 2:Chemical Monitoring Oleh:Cikgu Nor Diyana Bte Mohd. Nasir Tan | |
4.30 ptg | Minum Petang /solat Asar | |
5.30 ptg | Riadah Alam Sekitar | |
6.30 ptg | Urus Diri/Makan Malam/Solat Mahgrib/Tazkirah | |
8.30 mlm | Ceramah 3:River Monitoring & Pemantauan Kualiti Air Melalui Petunjuk Biologi Oleh:Encik Rosman Bin Musa | |
| Pembahagian Peralatan | |
10.30 mlm | Minim Malam | |
11.00mlm | Mesyarat AJK/Tidur |
TARIKH / HARI | MASA | SLOT
|
14 JULAI 2010 (RABU) | 5.30 pagi | Persiapan Diri |
6.00 pagi | Solat Subuh / Tazkirah | |
7.00 pagi | Senaman Alam Sekitar | |
7.30 pagi | Sarapan Pagi | |
8.00 pagi | Latihan Di Tapak – Ujikaji Kualiti Air | |
10.00 pagi | Persiapan Pembentangan Kumpulan | |
10.30 pagi | Minum Pagi | |
11.00 pagi | Pembentangan Kumpulan &Rumusan | |
1.30 tghari | Makan Tengahari / Solat Zuhur | |
2.30 ptg | Jungle Tracking & Aktiviti Alam Sekitar | |
5.30 ptg | Persiapan Diri / Solat Asar | |
6.00 ptg | Minum Petang | |
7.00 ptg | Solat Mahgrib / Tazkirah | |
7.45 mlm | Ceramah Bioteknologi Makanan & Demonstrasi Pengurusan Sisa Makanan Oleh:Encik Abdullah Bin Ismail (JAMOF SDN.BHD) | |
8.45 mlm | Makan Malam (BBQ) | |
9.45 mlm | Persembahan Kebudayaan |
TARIKH / HARI | MASA | SLOT
|
15 JULAI 2010 (KHAMIS) | 6.00 PAGI | Solat Subuh |
7.00 pagi | Sarapan Pagi | |
7.30 pagi | Kemas Kemah & Gotong Royong | |
9.00 pagi | Majlis Penutup | |
| Ucapan Aluan Oleh:Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru | |
| Ucapan Perasmian Penutup Oleh:Pengarah JPS Negeri Johor | |
| Penyanpaian Sijil Dan Cenderahati | |
| |